CHERRY VANILLA
OWNERLINKTUTORIALENTRY

________________________________________________________________________________________
Jumaat, 4 Januari 2013 | 4:19 PG | 5 COMMENT


Selamat Tahun Baru buat semua . Dah lama nurin tidak menaip kisah Nurin dekat blog kan ? . Sekarang ni nurin dah masuk sem empat . Pejam celik, pejam celik dah sem empat. Lagi dua sem je nurin nak habis diploma dan boleh grade .sejak masuk sem empat ini otak hari hari kena berfungsi dengan aktif tidak boleh seperti dulu lagi, subjek sem ini juga berat dan memerlukan focus yang lebih di dalam kelas . Semakin hari semakin banyak assignment diberi,lepas satu satu datang . Ya Allah , Kuatkanlah mental dan fizikal hambamu yang lemah ini .







Pernah tak dapat pensyarah yang yang mengajar tak seberapa tapi cerewetnya Masha ALLAH , kalah mak nenek . kalau mengajar susah nak masuk otak apa yang dia cakap . mungkin menyampah kot . YA ALLAH , janganlah disebabkan dia dosa nurin makin bertambah tambah kerana selalu mengutuk,mencarut . Astagfirullah Hal Azim .nurin tak pernah rasa stress sangat buat assignment sampai setiap kali nak siapkan assignment dia ,pasti air mata mengalir . Rasa macam nak berhenti kolej pun ada , tp takkan disebabkan seorang pensyarah yang mcm tu nurin nak kena berhenti ?! sangat bodoh okey ! tapi itulah yang nurin fikir masa itu . Ramai yang kena reject assignment dan ramai yang hampir nak gila dibuatnya . buat lagi sekali dia cakap dia boleh bagi 10/50 markah je . Pensyarah itu dah lah sarat mengandung pastu cerewet pulak,kesian anak dia .Now,dia suruh buat WEBSITE untuk backup assignment yang lepas, huh ! baru melepaskan tension tapi ada lagi satu yang men'tension'kan . Kenapalah kami perlu diberi ujian sekuat ini.




Dugaan kecil ini selalu datang untuk pelajar kan ?Semoga untuk assignment kali ini nurin dapat siapkan dengan tenang dan jayanya .
PAST


_______________________________________



hello peeps ! selamat datang ke Ladang cherry vanilla. Be nice here and make sure copycats not allowed.
Thank you :)
_______________________________________



_______________________________________




_______________________________________


BEST BY : CIK MIMIN