________________________________________________________________________________________
10 Petanda Dia Jodoh Kita
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah
yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan
untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata
untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi
mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa
mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan
emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama,
masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara
satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang
ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita : 1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan
cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan
minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.
Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi,
apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah
calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita. 2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan,
jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang
kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat
kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama.
Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa
dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit
kehilangan. 3. Terima Kita Seadanya Apapun kisah silam yang
pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu
perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia
juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa
kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih
sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah
miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu
menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita. 4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum
hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran
bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu
apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya,
kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi
faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur,
sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia
jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami
dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah
sebaik-baik pilihan. 5. Percaya Mempercayai Setiap orang
mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya
dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia
dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu
sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat
apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding
rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya
dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui
kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh
kedua-duanya. 6. Senang Bekerjasama Bagi kita yang inginkan
hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita
dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih
perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh
ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu
pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting,
kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain
dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi
kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita
hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab
seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan? 7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya.
Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi
penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di
kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama
kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun
berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang
surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit",
inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan
kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala
suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai
menjadi pasangan hidup kita. 8. Tampilkan Kelemahan Tiada
siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku
dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita
memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia
menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia
kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang
untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah,
dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila
dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak
menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima
kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup
bersamanya. 9. Kata Hati Dengarlah kata hati. Kadangkala,
manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan
memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat
saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca
fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas
pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita,
tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata
hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha
berkuasa. 10. Solat Istikharah dan Tawakkal Jodoh dan
pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di
pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya,
dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi
atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita
melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan
petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia
pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia
dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan
kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah
kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya
sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
sumber diperolehi dari FACEBOOK :D
PAST ♠ FUTURE
|
OWNER◕
LINK◕
TUTORIAL◕
ENTRY
______________________________________________________________________________________________
SWEET HEART CHERRY VANILLA !
cik mimin | zawana afiqah | sya sya | Syafa | Erin | Kak lyssa | Abg apit | Kak zila | Buah Hati MAMA | Ben Ashaari | Abg stalker
______________________________________________________________________________________________
TUTORIALS
INI SAHAJA YANG TERMAMPU :)
CARA NAK BUAT CHATBOX
SIDEBAR YANG MENARIK girlpopsweet.blogspot.com!
PIC BERGERAK !
CUTE ICON DI CBOX
Coming Soon !
______________________________________________________________________________________________
Freebies
CUTE SMILE FOR CHATBOX