Selasa, 15 Mei 2012 | 12:31 PG | 0 COMMENT
Hello readers!
how are you today ?
:)
selama seminggu rasa macam hidup taka ada pakwe pun tak mengapa :)
kenapa pula lah Nurin ni kan -,-'
ye lah mana taknya,sms pun macam nak taknak je, call apa tah lagi,payah bebeno la kan.
tapi tak pe lah, suri rumah memang macam tu.hehehe
luaran semua orang nampak kita tersenyum namun dalam hati tersimpan 10001 rahsia yang susah untuk diungkapi dengan kata kata apa lagi diluahkan .
perubahannya menjadikan aku lebih matang dalam perhubungan yang terbina atas dasar cinta & kasih sayang :)
YA ALLAH,
kau jauhkan lah aku dari perasaan yang sentiasa inginkan perhatiannya, dia juga inginkan kebebasan
YA ALLAH,
kurniakan lah kekuatan kepadaku agar menjadi wanita yang boleh berdiri tanpa ada pasangan disisi.
YA ALLAH,
kau pertambahkanlah keimanan ku agar boleh menjadi penyejuk mata .
YA ALLAH,
kau kurniakanlah aku suami yang boleh menjadi IMAM untukku serta bakal anak anak ku
YA ALLAH,
kau ampunilah dosaku yang telah banyak melakukan kemungkaran terhadap mu .
YA ALLAH,
hadirkanlah ketaqwaan didalam diriku ini .
YA ALLAH,
Kuatkan semangatku untuk menempuh liku liku hidup ini .
YA ALLAH ,
yang maha pengasih lagi maha penyayang
berikanlah hidayah & petunjuk kejalan yang benar kepada hambamu ini .
kepada awak yang disayangi lagi dicintai, saya minta maaf atas apa yang saya telah lakukan terhadap awak .
maaf juga saya tidak mampu untuk menjadi yang terbaik .
seandainya kita punya jodoh,
INSYA-ALLAH ,saya akan menjadi pendamping yang setia kepada awak.
jika kita tiada jodoh, aku harus & wajib merelakan nya kerna ini semua sudah ditetapkan oleh pencipta kita :)
kepada sahabat yang saya sanjungi , saya minta maaf atas ketelanjuran kata kata ku ini yang barangkali pernah tidak sedar sedang menyakiti hati mu.
maaf juga andai saya tidak mampu menjadi sahabat yang baik untuk kamu.
andai aku berada dijalan yang salah , bawalah aku pulang ke jalan yang benar,sesungguhnya aku ini insan yang mudah leka dengan dunia .
tanpa menyedari akhirat lagi utama :)
YA ALLAH,
semoga penghijrahanku untuk menjadi lebih baik akan menjadi penyejuk mata ibu & bapaku .INSYA-ALLAH .
berubahlah kerana keikhlasanmu terhadap agamamu,
berubahlah kerana ALLAH bukan kerana hambanya
jangan berubah secara mendadak,takut nanti hasilnya hanya seketika .
biar lambat & perlahan asalkan ikhlas kerana ALLAH :)