CHERRY VANILLA
OWNERLINKTUTORIALENTRY

________________________________________________________________________________________
Ahad, 6 November 2011 | 7:33 PG | 20 COMMENT


Hai semua ! :D
hari ini nurin rajin pulak nak blogwalking blog orang .
so, jalan jalan dekat blog Hafizzi aziz .
saja nak tengok apa entry menarik yang ada pada blog dia .
Eh,hafizzi aziz ada buat segmen :ciri-lelaki-yang-aku-idamkan.
macam menarik je kan ?
tapi rasanya amat menarik *betul ke ayat nurin ini?*hehehe .
maaf lah kalau ada salah tatabahasa .
nurin nak join la segmen ini .
tak pernah join segmen macam ni sebelum ini  .
Almaklumlah tuan TAMAN dulu pemalas nak bersiar siar . hehehe
sekarang dah rajin sebab sebulan lebih duduk goyang kaki dekat rumah :D
boleh kata makan tanggung buang hajat cangkung :)

*
*

jam menunjukkan pukul 11.14 pm
tarikh hari ini 6 nov 2011
*saja je buat ni *
korang nak tau tak apa ciri ciri lelaki yang menjadi idaman nurin ?
kalau taknak tau pun nurin nak bagi tau juga :)

1-kuat pegangan agamanya
~kalau tak kuat pegangan agamanya macam mana nak jadi imam buat nurin & keluarga yang akan dibina nanti .pegangan agama seorang lelaki yang kuat akan membawa kita kearah kebaikan & akan mendidik kita kearah kemualiaan.Insya-allah syurga buat kita .:) 

2-lelaki yang menegur kesilapan kita & cuba untuk mengubah kita
~bagi nurin lelaki yang menegur kesilapan perempuan ialah lelaki yang tidak ingin maruah perempuan itu nampak buruk dimata orang .
contohnya : kalau kita bercakap kasar dengan orang & seorang lelaki menegur kesalahan kita .kan disitu sudah nampak bahawa meninggi suara tidak elok dipandang orang & lelaki ini ingin perempuan ini tidak bersikap begitu lagi .

3-penyabar & tidak panas baran
~nurin suka sangat tengok lelaki yang sentiasa sabar dengan apa juga yang dilakukan *erti kata lain tidak gelojoh*
nurin tak suka lelaki yang panas baran , cuba korang tengok suai suami yang panas baran ,apa yang diorang buat pada isteri diorang ?
sepak terajang yang isteri dapat kan ,walaupun salah isteri tu tak besar mana pun .
astagfirullah hal azim wahai kaum adam,kau diberi tanggungjawab untuk menjaga isterimu bukan untuk dijadikan bola ,yang kau boleh sepak terajang sesuka hati ,kawal lah emosi mu .

4-lelaki yang pandai
~mesti korang fikir lelaki kurang pandai tak boleh jadi lelaki idaman ke ?
susah nak cakap la,
kalau boleh semua orang nak dapat lelaki yang bijak, bekerjaya ,banyak duit .
macam itu juga nurin .
kalau lelaki itu pandai,insya-allah masa depan dia cerah .
tak ada la jadi kutu jalanan .sangat tidak minat lelaki yang suka melepak .:)

5- lelaki yang memahami perempuan
~susahkan nak cari lelaki yang boleh memahami kita,tapi tu lah yang nurin cari .
alhamdulillah rasanya sudah jumpa .
jodoh ditangan tuhan tiada siapa tahu jodoh kita .

6-lelaki yang TIDAK MEROKOK
~apa istimewanya lelaki yang isap rokok ni ?
maaf lah kepada lelaki yang kat luar tu ye .
nurin tak suka dengan lelaki yang merokok sebab asap busuk,mulut busuk,gigi kuning ,euwww !
korang tau tak asap rokok tu sangat busuk & tak elok untuk orang lain,lagi lagi bagi ibu yang mengandung .kesian kat baby tu .
bagi nurin orang yang isap rokok ni orang yang nak bunuh diri cara halus .berhentilah dari isap rokok tu ,bakar duit je.
cuba kumpul duit tu buat beli makanan ke ,kumpul untuk buat hantaran perkahwinan ke .kan berbaloi tu . :)
BIAR TIDAK HANDSOME ASALKAN TIDAK MEROKOK !

Nurin rasa dah terlalu panjang nurin bebel ni . okay la .itu je rasanya ciri lelaki yang aku idamkan .
 nurin nak tag dekat siapa ye ?

1-IFA
2-DILLA




PAST FUTURE


_______________________________________



hello peeps ! selamat datang ke Ladang cherry vanilla. Be nice here and make sure copycats not allowed.
Thank you :)
_______________________________________



_______________________________________




_______________________________________


BEST BY : CIK MIMIN